Atas jemputan dari rakan PTT iaitu saudara 1Q anggota Selangor Oje telah meredah hujan pada malam 7/11/09 dengan 3 buah kereta menuju kerumah beliau sempena kenduri tahlil dirumah beliau yang terletak di Taman Putra Perdana,Puchong. Konvoi telah terpisah selepas tol puchong disebabkan 2 bijik kereta yang di pandu oleh EJAL reject Turbo dengan Kereta yang Dinaiki oleh Longgok dan esse telah terlepas simpang menuju ke Puchong Perdana. Agak kelam kabut juga pada malam itu dimana rakan dari selayang iaitu saudara PACO DELLOYA dan saudara CHUCAK juga tersesat semasa hendak menuju ke rumah 1Q..kehadiran anggota BRAVO Group membantu dengan berojer-rojer telah dapat menolong rakan-rakan untuk sampai kerumah saudara 1Q.Disertakan gambar-gambar pada majlis itu dengan kehadiran anggota BRAVO GROUP,SELANGOR OJE dan GENG LANUN..antara yang menghadiri majlis tersebut (Mintak maaf kalau tak disebut nama pasal saya tidak berapa mengingati sepenuhnya nama-nama rakan-rakan PTT yang lain)…
Rakan-rakan yang balik awal – TAIKOTAI, DEKNA, BODYGUARD….
Rakan-rakan yang balik lambat - PAK TAM & MAK TAM, AYAHNDA, WAK OJENG, 1Q (Tuan Rumah), CHOR, WAK BENDOT,SENANG HATI, CAYANG,TAKURO, DUKUN PETAI, MAN KNIGHTRIDER,JAIBON OJEOBER,EJAL,CHUCAK@ANAK MAK,ESSEMEN,WALLAWEY,BILAL, T-ZACK dan ramai lagi yang saya tak ingat nama..sorry ek…
TUAN RUMAH 1 Q – sedang termenung sambil berkata dalam hati..(uihhh..diaorang nie kat PTT melantak-lantak kat rumah aku pun melantak makan..opo orak keneng...)..hehehehe
KELIHATAN RAKAN-RAKAN SELANGOR OJE DIKETUAI OLEH WALLAWEY (yang nampak sangat kebulur..hahahaha) T-ZACK, BILAL dan PACODELLOYA SEDANG MENYENDUK JENIS TAK INGAT PUNYERRR…
LEPAK-LEPAK DENGAN ABG CHOR,EJAL & ORANG RUMAH, CHUCHACK DGN ORANG UMAH (Kedua-dua orang umah bawak belon..hehehe)
TIDAK KETINGGALAN RAKAN-RAKAN PTT WANITA – DALAM GAMBAR YANG SEPARUH KELIHATAN WAK BENDOT, CAYANG, MAK TAM DAN PACO DELLOYA..(Mak tam tak sempat nak posing sebab tangkap candid..kalau posing abislah posing maut nampak gayanyer…)
GENG LANUN dan WAK dari JAWA OTAI JAWA DILAYAN OLEH 1Q,KELIHATAN ABG CHOR DAN WAK BENDOT JOIN SEKAKI
INI DIA JEJAKA YANG PALING MENYERLAH DAN BERSINAR PADA MALAM ITU IAITU BRO MAN KNIGHTRIDER..HEHEHEHE
Anggota Selangor oje beransur dari rumah 1Q kira-kira jam 12 lebih dan destinasi lepak seterusnya di Kapar.Pada hari itu juga acara melantak-lantak dalam PTT berlansung dengan rancaknyerrr..melingkup diaorang nie terutama PAK TAM....
Segelas Nescafe Panas memanaskan tegak ...
Saudara Wallawey bersama dengan Rakan PTT Cincau (aksi juara melantak-lantak..hehe)..
Kelihatan saudara POKER dengan penuh khusyuk dan bersungguh-sungguh dengan gaya menekan button handphone ala champion gitu sedang cuba menendang ke longkang..ke parit rakan-rakan PTT dalam channel untuk melantak-lantak....
acara melantak-lantak berterusan rasa-rasa sampai pukul 3 pagi dari rakan PTT Bravo Group dan juga SO..apa-apa hal rakan-rakan PTT selangor oje dengan rasa cukup berterima kasih atas jemputan dari saudara 1Q hari itu. Mungkin lain kali kita akan bertandang ke rumah rakan-rakan yang lain....Sekian